LAMAN AKADEMIK



  •  KBAT SAINS TERKINI














KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.  



1.     Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2.     Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

3.     Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4.     Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
  



TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN


1.      Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2.      Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3.      Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4.      Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)

5.      Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)

6.      Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7.      Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)


KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN


1.      Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

2.      Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3.      Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4.      Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5.      Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6.      Selalu tanya jenis soalan yang sama

7.      Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan



Bagaimana menjawab soalan inferens
Apa itu inferens? Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.

Tips menjawab:
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tulis pemerhatian.
3. Jangan lupa kata hubung "kerana"

Contoh : (Pokok X mati) kerana (tidak mendapat air)
(pemerhatian) (alasan)

Apa maksud inferens jitu.
- Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima.

Apa maksud inferens bebas.
-Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.

Menjawab soalan "Pemerhatian"
Kali ini cikgu akan terangkan bagaimana untuk menjawab soalan pemerhatian.  Soalan bentuk pemerhatian akan berbunyi begini,
contoh 1 :" apakah yang dapat kamu perhatikan......." ,
contoh 2: "daripada jadual , nyatakan pemerhatian yang dapat diperhatikan"
lihat contoh soalan 2 di atas, ini adalah bentuk soalan pemerhatian. Ingat kata kunci menjawab soalan pemerhatian adalah ____(apa)____paling____(corak/pola)___.

maka jawapannya ialah : Jenis landasan (B) berminyak paling jauh jarak dilalui.

Boleh.....senangkan.

Formula T , H dan ABC

Formula H untuk soalan hubungan/kesimpulan , Formula T untuk soalan tujuan/tajuk dan Formula A,B,C untuk soalan pemerhatian biasa.

8 comments:
Nina said...
Salam cikgu,
Boleh tak kalau untuk soalan tujuan (aim/purpose of experiment), kita tak jawab 'utk mengkaji hubungan antara 'w/c' dengan 'w/o'? Cuma jawab,contohnya 'Untuk mengkaji samada yis bernafas'. Ataupun 'Untuk mengkaji persaingan antara tumbuhan'. Boleh ke jawab macam tu?
Sebab kadang2 mcm kurang sesuai nak jawab guna 'hubungan antara 'w/c' dengan 'w/o'. Kena tolak markah ke?
W'salam Nina, terima kasih. Tak boleh jawab macam tu. Ayat yang cikgu tulis tu wajib ada. Walaupun tertinggal perkataan "DAN" jawapan akan salah. Apa yang dimaksudkan mcm kurang sesuai? Kalau Nina boleh beri contoh mungkin cikgu boleh ulas.
Nina said...
This comment has been removed by the author.
Nina said...
Contohnya cikgu,

Contoh 1:
Gambarajah ni menunjukkan lampu suluh, glob dan bola tennis disusun sebaris untuk menunjukkan fenomena gerhana bulan. Kalau ditanya apakah tujuan eksperimen ini, bolehkah kita jawab 'untuk mengkaji fenomena gerhana bulan'?

Contoh 2:
(untuk bab 'Interaction among living things'):
Rajah P : Ada 4 anak pokok ditanam dalam satu ekas
Rajah Q: Ada 10 anak pokok ditanam dalam satu bekas lain yang sama saiz.

Jadi, bila ditanya tentang tujuan, tak boleh tak kita jawab 'untuk mengkaji persaingan antara tumbuhan'? Ataupun kita mesti jawab 'untuk mengkaji hubungan antara jumlah anak pokok dengan keadaan anak pokok di akhir eksperimen'?

Contoh ketiga:
Eksperimen menunjukkan gamarajah dua bikar yang salah satunya ada doh rotiyang dicampur yis manakala satu lagi cuma ada doh tanpa yis. Jadi, untuk tuuan eksperimen, boleh tak kita jawab 'Untuk mengkaji sama ada yis bernafas'.
Ataupun kita mesti jawab Untuk mengkaji kehadiran yis dengan ketinggian doh selepas 20 minit'.
Utk no 1 :
WTc:kedudukan bulan
Wto : kejadian gerhana bulan

A; untuk mengkaji hubungan di antara kedudukan bulan dan kejadian gerhana bulan.

x; untuk mengkaji fenomena gerhana bulan (jawapan umum dan tidak tepat untuk menunjukkan ujikaji yg dijalankan)

Utk no 2 :
WTc :Jumlah benih
Wto:keadaan anak/ ketinggian anak benih

A; untuk mengkaji hubungan di antara jumlah benih dan keadaan/ketinggian anak benih

Utk no 3:
WTc :kehadiran yis
Wto: Keadaan/ketinggian Doh

A; Untuk mengkaji hubungan di antara kehadiran yis dan keadaan/ketinggian doh

harap dapat membantu
Nina said...
Terima kasih atas jawapan cikgu.

Maaf cikgu, saya ada soalan lagi.

Untuk soalan HUBUNGAN, HIPOTESIS dan KESIMPULAN, memang sama ke cara menjawabya? Contohnya,
1.'Semakin....semakin...'
2. 'Jika....., maka......'

Ada tak cara lain untuk jawab?
Contohnya untuk soalan yis dan doh tu, kalau ditanya tentang kesimpulannya, boleh tak kita jawab 'Mikroorganisma bernafas'? Sebab kenaikan doh tu menunjukkan mikroorganisma bernafas kan. Terima kasih, cikgu.
untuk soalan hubungan/hipotesis/kesimpulan boleh guna cara jawab yg sama iaitu semakin____semakin atau jika____maka_____.

Untuk kesimpulan ada 2 cara
1. jika boleh cari wtc dan wto jawab guna semakin___semakin/jika__maka

2. jika tiada wtc dan wto jawab dengan mengemukakan fakta sains.

untuk soalan yis itu jika ada wtc/wto
jawapan terbaik gunakan jika ada yis maka doh akan naik

Mencari pembolehubah dalam masa 5 saat
Langkah 1
Cari perkara yang tak sama

Langkah 2
Tentukan yang mana berlaku dahulu sebagai (Wtc) yang berlaku kemudian  sebagai (Wto)

Contoh:
Ali telah menjalankan satu ujikaji tentang keperluan haiwan terhadap makanan.Dua ekor tikus yang sama diletakan di dalam sangkar A dan B. Sangkar A diberikan makanan sementara sangkar B tidak. Selepas 7 hari di dapati tikus A hidup dan B mati.

Boleh cari (WTC) dan (WTO) ?

Perkara yang berbeza = 1. A ada makanan , B tiada makanan.
                                       2. A hidup , B mati.

Di antara kehadiran makanan dan keadaan tikus selepas 7 hari, mana yang berlaku dahulu? Sudah tentulah makanan datang dulu diikuti dengan keadaan tikus.

Pemboleh ubah dimanipulasi (Wtc) = Kehadiran Makanan
Pembolehubah bergerakbalas (Wto) = Keadaan Tikus
2 comments:
rhsblog said...
Salam, x fhm ape tu wtc dan wto? Blh perjelaskan...n tk atas tips2 ni tuk ibubp membantu anak2 dlm pljrn
Wtc dan wto itu adalah singkatan utk pembolehubah, what to change (dimanipulasi) dan what to observe (bergerakbalas).Ibu bapa boleh bantu anak-anak utk matapelajaran sains suruh anak tengok, baca, hafal dan faham fakta di di dalam buku Teks Tahun 4,5 dan 6 dahulu. kerana soalan yang akan ditanya hanya di dalam lingkungan fakta yang ada di dalam buku teks. Jangan bergantung pada buku rujukan 100% kerana di dalam buku rujukan luar banyak fakta yang bercampur dan tidak perlu diingat utk calon UPSR. Jangan lupa juga ingatkan anak utk beri tumpuan kepada guru di kelas kerana ia banya membantu.

No comments:

Post a Comment