TAZKIRAH & MOTIVASI



TAZKIRAH ....

Cara hidup Seorang Muslim.
Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan
nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup
seorang
muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus
melengkapi
dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

a.Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah.

Mereka ini adalah makluk Allah S.W.T. Taraf mereka adalah sama saja dengan
kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di
segi taqwa. Memang sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini
harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika
semuanya kaya, siapakah yang akan menjadi buruh, nelayan dan sebagainya.
Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya.
Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti
membayar gaji untuk pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka
akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik.

b.Jangan melihat hanya kepada kemewahan.

Dalam urusan dunia, ekonomi dan harta, hendaklah kita sentiasa memandang ke
bawah. Dengan demikian kita akan bersyukur kepada nikmat Allah. Jika selalu
memandang ke atas, kita akan menjadi manusia tamak, yang tidak pernah
mencukupi dengan apa yang Allah berikan yang mana akan menjerumuskannya
bertuhankan kepada dunia dan harta. Demikianlah ajaran Nabi Muhammad
S.A.W..
Tetapi dalam soal ibadat, hendaklah kita memandang ke atas, berlumba
mengerjakannya tetapi tidak pula menunjuk-nunjuk dan riak.

c.Mengerat hubungan silaturrahim.

Menjalinkan tali persaudaraan antara sesama muslim yang jauh atau dekat
dengan satu jalinan agama Islam. Kerana dengan amalan ini rezeki kita akan
lapang dan di murahkan oleh Allah serta di panjangkan umur. Begitulah
ajaran Rasulullah S.A.W..Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim dari peringkat keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan seterusnya kepada sebuah negara. Baginda ada menyebut… Ertinya: " Carilah jiran lebih dahulu sebelum mendirikan rumah."

d.Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.
Tingkah laku seorang muslim mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang
beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah.
Tidak baik bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja
berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya.
Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti
persekolahan anak-anaknya.


e.Menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Rasulullah S.A.W. berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan,
menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah
bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak
menyakitkan hati.
Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu
berhadapan dengan risiko, dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita
berada
kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan
kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.

f.Tidak takut cacian dan makian.

Setiap perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran yang di redhai
Allah, tidaklah lepas dari cacian dan makian.
Hendaknya kita mencontohi dengan sikap keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam
memperjuangkan Islam di tengah-tengah kaumnya. Kita janganlah takut dan
bimbang kerana mereka yang menentang kebenaran itu tidak mendapat petunjuk
dari Allah S.W.T. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah,
agar kita ditetapkan dan hati mereka terbuka untuk menerima hidayah Allah.

g.Mengucap kata-kata Hauqalah.

Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali
dengan izin Allah."
Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika
hendak melakukan suatu pekerjaan apapun, sekalipun dirinya menjadi seorang
raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di
dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa
yang ada dengan dirinya.
Demikianlah tujuh sikap hidup yang di wasiatkan Rasulullah S.A.W. kepada
umatnya untuk di jadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari.
Dengan
berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut, Insya Allah
setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula
kepada manusia lain.

Wassalam.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

LAMAN MOTIVASI DIRI

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2007

TEMPAT : KEM GEMILANG , LATA HUJAN .

TARIKAH : 3 – 5 JUN 2007

“ CAKNA KECEMERLANGAN PUYU SOKMO-SOKMO EXCELLENT “

“ UPSR 5 A IDAMAN KAMI “

PENCERAMAH JEMPUTAN :

EN WAN HARON BIN WAN JAAFAR
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK LALANG PEPUYU , TANAH MERAH.


KENAPA MURID PERLU MENCAPAI KECEMERLANGAN ( 5A ) DALAM UPSR ?.

1.    Kecemerlangan hari ini , merupakan asas kecemerlangan pada masa hadapan.

2.  Murid yang cemerlang mendapat layanan yang istimewa dari pelbagai pihak.


3.  Murid yang cemerlang pada hari ini , merupakan aspirasi kepada kecemerlangan
murid lain pada masa-masa yang akan datang – abang kepada adik , dsbnya.

4.  Kecemerlangan murid akan menaikkan imej dan martabat bukan sahaja murid  Malahan ibubapa , guru-guru  , sekolah dan pelbagai pihak lain pada pandangan masyarakat .

5.  Kecemerlangan murid akan menghapuskan sedikit sebanyak kelemahan murid
Khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhlak atau pun disiplin murid itu sendiri.


MENGENALI WATAK / CIRI MURID CEMERLANG
.

1.     Murid yang cemerlang , mempunyai kecemerlangan dalam segala hal.Khususnya Akhlak ( peil perangai ) dan Akademik.( peperiksaan ).

2.   Murid yang cemerlang mempunyai motivasi diri yang sangat tinggi.
Berusaha tanpa di arah.- bukan seperti pahat dengan penukul.

3.   Murid yang cemerlang bersedia ditegur untuk memperbaiki kelemahan.

4.   Murid yang cemerlang tidak melakukan kesilapan yang sama bagi kali ke dua.
( Hadis Nabi S.A.W ).

5.    Murid yang cemerlang tidak pernah merasa puas dengan kecemerlangan yang dicapai.Sentiasa inginkan kejayaan yang lebih baik.

6.   Murid yang cemerlang ialah murid yang “ Kaba “ sepanjang masa dan tidak lupa diri.


KUNCI KEJAYAAN BERDASARKAN AL-QURAN

 Surah Al-Imran ayat 199-200

Maksud- Wahai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh dimedan perjuangan ) dan bersedialah ( dengan  kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah , supaya kamu berjaya
( mencapai kemenangan )
Pengajaran dari ayat :

Untuk mencapai kejayaan ataupun kemenangan mesti ada syarat :
1.     BERSABAR menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan

2.   PERSEDIAAN / Mental ( Rohani ) DAN Fizikal ( Jasmani )

3.   Hendaklah BERTAKWA kepada Allah


Halangan-halangan kepada kejayaan :

Sebagaiman pertanyaan kepada Al Hakim –

“ Mengapa kami mendengar pengajian tetapi kami tak dapat beramal “

Jawapannya kerana 4 sebab.

1.    Melakukan dosa , tetapi tidak bertaubat

2.  Menerima nikmat , tetapi tidak bersyukur


3.  Mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya
4.  Berkawan dengan orang yang baik tetapi tidak meniru

5.  Menziarahi kematian , tetapi tidak mengambil iktibar darinya .


KEPADA PELAJAR-PELAJAR BUDIMAN , MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGAMALKAN
KHASIAT AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN INI
DEMI MENCAPAI APA YANG DIHAJATI KHUSUSNYA  DALAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

1.    Bagi kecerdasan akal – ambil air dan bacakan bismillah 786 kali dan diminumkan disaat matahari sedang terbit selama 7 hari berturut-turut .InsyaAllah dengan usaha ini akan dapat membantu mencerdaskan otak dan mudah menghafal pelajaran-pelajaran yang diberikan. Jangan lupa disertai dengan bimbingan lahir .


2.  Untuk mencapai segala yang dimaksud :

Caranya – Bacalah surah Al Ikhlash 1000 kali pada waktu antara salat maghrib dengan salat Isyak. Setelah selesai membaca berdoalah kepada Allah meminta apa yang dihajati. Insya Allah , Tuhan akan mengabulkan semua yang dimaksud.

3.  Untuk mendatangkan hajat :

Caranya – Bacalah ayat Al Kursi 100 kali pada tengah malam setelah menjalankan salat hajat . Kemudian berdoalah kepada Allah dengan mengutarakan hajat yang dimaksud . Insya Allah dengan mengamalkan cara ini semua hajat akan dimakbulkan oleh Allah SWT.


SELAMAT BERAMAL DAN SEMOGA MENCAPAI KEJAYAAN ( 5 A UPSR 2007 ) INSYA ALLAH .

Marilah sama-sama kita menghayati nasyid ini moga-moga kita dianugerahkan dengan keinsafan dan bertekad menuju kejayaan

No comments:

Post a Comment