WAN HARON WAN JAAFAR
ASAL : KG LATING , KEDAI MULONG ,KOTA BHARU
MENETAP : KG CHERANG MELINTANG ,TUMPAT
BERTUGAS : GURU , TUMPAT ( SK CHABANG 4 )
KELULUSAN : DIPLOMA PERTANIAN ( UPM 1987 ) , KPLD SAINS ( MPT 1996 ), IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS ( IPG KAMPUS SULTAN MIZAN 2015 )
NO TEL : 0199692821
BLOG CIKGU WAN HARON
Sunday, 19 October 2014
Wednesday, 15 October 2014
Tuesday, 14 October 2014
Monday, 13 October 2014
I LOVE ISLAM
Islam dan Tidur
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah
bahawa Nabi telah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berasa
mengantuk,
hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa
mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang
ketika
mengantuk
bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan
sebenarnya dia sedang mencaci dirinya
sendiri.”
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara
mengantuk dan penurunan kualiti amal serta
produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke
Atas
Ekonomi Dan Juga Produktiviti Banyak kes-kes
kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk
dan
kurang tidur. Justeru itu kerana
kepentingannya,
Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah
yayasan yang
bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep
Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur
terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah
memberikan
banyak kesan negatif kepada manusia dan
ekonominya.
Pada
tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah
melaporkan
bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan
industri di Amerika adalah berkaitan dengan
masalah
tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa
setahun.
(Dr.
Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and
Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March
1998)
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang
masalah
ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa
masalah
ini
telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan
kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr.
Stanley
Coren; Ibid)
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah
mendapati bahawa kekurangan tidur akan
menyebabkan
gangguan kepada proses pengeluaran hormon,
melemahkan
kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat
di dalam
badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan
penyakit
kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art
of
snoozing’)
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada
kadar
tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami
tekanan
perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti
kuman,
disebabkan
oleh sistem pertahanannya yang menjadi
lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam
majalah
perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober,
1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on
Metabolic &
Endocrine Function)
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah
Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia
mementingkan
tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti
akan
dapat dilakukan dengan baik.
Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah
Abu Darda’
yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam
kerana
ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya,
telah
menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke
atasmu
dan
isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua
ini
haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman,
Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu
tidur, malah
menekankan bahawa ia adalah hak badan yang
perlu
ditunaikan.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa
Baginda Nabi
telah memasuki Masjid dan ternampak seutas
tali yang
merentangi dua tiang. Selepas bertanya,
Baginda
diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan
Zainab
agar
dia
dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan
sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di
antara kamu
bersembahyang ketika dirinya cergas, dan
ketika sudah
mengantuk hendaklah tidur.”
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat
mementingkan
produktiviti yang berkualiti dalam setiap
amalan. Ia
juga
menampakkan tentang perkaitan di antara
produktiviti dan kualiti dengan tahap
kecergasan diri
seseorang.
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan
salah satu
cara
untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa.
Tidur
siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda
kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu
kebaikan
asalkan
seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya.
Di
dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang
salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan
oleh
Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari
(qailulah)
tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam
Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah
berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur
di siang
hari
kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang
hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir
matahari
untuk solat zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang
tidur
tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan
bukan
sebagai suatu yang keji.
Wallahua'lam.
Assalamulaikum wbt
Groups ini diwujudkan untuk merapatkan
hubungan sesama muslim di alam
cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat
menghantar artikel yang dapat
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Semoga usaha kecil ini mendapat
keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita
berada
untuk melanggan email ke : ingatan-subscribe@yahoogroups.com
untuk
menghantar message ke: ingatan@yahoogroups.com
Berjihad itu WAJIB
Tuesday, 30 September 2014
CINTAI ILMU
Fadhilat Ilmu
1) Tiada sesuatu ibadah kepada
Allah yang lebih utama drp memahami ilmu agama. Seorang ahli fakih adalah lebih
sukar syaitan menipunya drp seribu 'abid (ahli ibadah). Tiap-tiap sesuatu itu
ada tiangnya dan tiang agama ialah memahami ilmu agama.2) Di antara seorang 'alim dan 'abid spt kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku. Riwayat At-Tirmizi
3) Kelebihan orang yang berilmu ke atas 'abid spt kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain. Riwayat Abu Daud, At-Turmizi dll.
4) Sepatah perkataan yang baik yang didengar oleh seorang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, lebih baik daripada ibadah setahun.
5) Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dlm lubang dan ikan dalam laut, semuanya berdoa semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia. Riwayat At-Turmizi
6) Orang yang binasa di kalangan umatku ialah orang berilmu yang zalim dan 'abid yang jahil. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan ulama' dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan ulama'.
7) Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah, tetapi digunakannya untuk mendapat habuan dunia, maka ia tidak akan mencium bau syurga pada hari qiamat. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Subscribe to:
Posts (Atom)