Monday, 13 October 2014

I LOVE ISLAM



Islam dan Tidur

 Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah
 bahawa Nabi telah bersabda:
 
 “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk,
 hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa
 mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika
 mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan
 sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”
 
 Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara
 mengantuk dan penurunan kualiti amal serta
 produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas
 Ekonomi Dan Juga Produktiviti Banyak kes-kes
 kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan
 kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya,
 Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang
 bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep
 Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur
 terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
 (insomnia and sleeping problems) telah memberikan
 banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya.
 
 Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah
 melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan
 industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah
 tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
 
 (Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and
 Mental Efficiency,’ Psychiatric Times, March 1998)
 
 Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah
 ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah
 ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan
 kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley
 Coren; Ibid)
 
 Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah
 mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan
 gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan
 kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam
 badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit
 kencing manis.
 
 (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of
 snoozing’)
 
 Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar
 tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan
 perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman,
 disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi
 lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah
 perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.
 
 (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & 
 Endocrine Function)
 
 Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
 
 Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan
 tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan
 dapat dilakukan dengan baik.
 
 Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’
 yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana
 ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah
 menegurnya dengan berkata:
 
 “Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu
 dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua
 ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman,
 Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
 
 Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah
 menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu
 ditunaikan.
 
 Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi
 telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang
 merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda
 diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab
 agar
 dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan
 sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
 
 “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu
 bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah
 mengantuk hendaklah tidur.”
 (Bukhari-Muslim)
 
 Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan
 produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia
 juga menampakkan tentang perkaitan di antara
 produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri
 seseorang.
 
 Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu
 cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
 
 Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur
 siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda
 kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan
 asalkan
 seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
 
 Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang
 salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh
 Nabi:
 
 “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah)
 tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
 
 Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah
 berkata:
 
 “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang
 hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari
 sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
 Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari
 untuk solat zohor.”
 
 Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur
 tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan
 sebagai suatu yang keji.
 
 
 Wallahua'lam.
 
 
 Assalamulaikum wbt
 Groups ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan sesama muslim di alam
 cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat menghantar artikel yang dapat
 meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Semoga usaha kecil ini mendapat
 keredhaan-Nya.
 Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita berada
 untuk melanggan email ke : ingatan-subscribe@yahoogroups.com untuk
 menghantar message ke: ingatan@yahoogroups.com
 
 Berjihad itu WAJIB 

No comments:

Post a Comment